Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,509

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada rakyat Korea Utara di Sabah

7:36pm 08/03/2017 Pak Roshan 1743 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

PENGARAH Jabatan Imigresen Sabah, Musa Sulaiman. – Foto Datu Ruslan Sulai

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen mengesahkan tiada rakyat Korea Utara berada di Sabah ketika ini, sama ada bekerja dalam mana-mana sektor mahu pun sebagai pelancong.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Musa Sulaiman, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tiada warga Korea Utara memasuki negeri ini atas apa juga sebab sama ada untuk bekerja atau melancong sejak awal tahun ini.

“Kita juga mendapati tiada rakyat Korea Utara menjalankan perniagaan di Sabah. Lazimnya, hanya rakyat Korea Selatan melancong ke negeri ini,” katanya ketika dihubung di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Musa berkata, ketiadaan pekerja dari Korea Utara di Sabah antara lain kerana negara itu tidak termasuk sebagai negara sumber pekerja di negeri ini.

“Hanya empat negara menjadi negara sumber pekerja di negeri ini iaitu Filipina, Indonesia, Nepal dan Myanmar. Kita memuji tindakan tegas kerajaan Sabah dalam mengambil pekerja luar di negeri ini,” katanya.

Semalam, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan warga Korea Utara keluar dari negara ini, susulan keputusan Pyongyang menyekat rakyat Malaysia meninggalkan negara itu. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan