Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada Puteri UMNO Semporna yang keluar parti

5:08pm 28/06/2016 Leolerry Lajius 79 views Tempatan
Normalah menyerahkan sumbangan kuih raya kepada Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra sempena majlis berkenaan.

Normalah menyerahkan sumbangan kuih raya kepada Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Puteri UMNO Sabah menyatakan tidak ada Puteri UMNO Semporna yang bertindak keluar parti.

Menurut Ketua Puteri UMNO Sabah Normala Binti Rasik, semua ahli Puteri UMNO di bahagian Semporna masih bersama-sama dalam UMNO dan tidak ada yang bertindak keluar parti.

“Setakat ini, saya masih belum mendapat makluman bahawa terdapat ahli Puteri UMNO yang bertindak keluar parti.”

“Ketua Puteri UMNO Semporna Zakiah Binti Hj. Kalipunya juga telah memberikan penjelansannya mengenai isu ini melalui laman sosial miliknya yang menyatakan beliau masih bersama-sama berjuang dalam UMNO,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan kuih raya di IPD Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai majlis berkenaan, Normalah berkata, program seumpama itu merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Puteri UMNO sebagai tanda memberi sokongan dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas sempena musim perayaan.

“Program yang kita adakan setiap tahun ini merupakan salah satu platfrom untuk kita memberikan penghargaan kepada anggota keselamatan  yang bertugas sempena musim perayaan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan