Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada projek PPRT terbengkalai di Sabah

PUTATAN: Menteri Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada sebarang projek pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang terbengkalai di Sabah.

Menurut Sabri, kementerian beliau juga telah mewujudkan jawatankuasa bersama di antara Kerajaan Negeri Sabah bagi memantau setiap projek baik pulih mahupun bina baharu projek berkenaan agar dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

“Pembinaan rumah PRRT di Sabah, tidak ada yang terbengkalai kerana kita menjalankan pemantauan rapi kepada setiap pembinaan rumah ini agar dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.”

“Dengan adanya kerjasama melalui jawatankuasa bersama antara KKLW tidak ada sebab lagi kerajaan negeri tidak mengetahui mengenai pembinaan projek yang bermasalah atau terbengkalai kerana setiap projek yang dilaksanakan akan kita bincang bersama dan pemantauan juga dibuat secara berterusan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT kepada tiga buah keluarga penerima di Kampung Muhibbah, hari ini.

Salah seorang penerima [email protected] Juriah Harsad, 39, menyifatkan bantuan berkenaan memberikan makna yang cukup besar buat keluarganya kerana sebelum ini keluarganya terpaksa tinggal di dewan masyarakat kampung berkenaan selama setahun selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak yang memberikan bantuan PPRT ini, sebelum ini kami sekeluarga tepaksa tinggal di dewan selama setahun lamanya sebelum mendapat bantuan PPRT ini selepas rumah kami musnah dalam kebakaran.”

“Saya sayu melihat kedua orang tua saya dan anak-anak kerana terpaksa tinggal di dewan berkenaan, namun dengan terbinanya rumah baharu kami melalui projek PPRT ini, ia memberikan sinar baru bagi kami sekeluarga,”katanya.

Menurut salah seorang lagi penerima Harsad Said, 78, bantuan seumpama ini amat bermakna buat keluarganya dan berharap agar bantuan seumpama ini akan dapat diteruskan di masa akan datang.

“Terima kasih kepada pihak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa prihatin kepada permasalahan rakyat, tidak ada kata yang mampu saya ungkapkan melainkan rasa syukur dan jutaan terima kasih kerana membantu meringankan bebanan keluarga kami,”katanya.

Untuk rekod, semenjak tahun 2014 sehingga tahun 2017, seramai 43,080 orang penerima telah menerima manfaat daripada projek PPRT di Sabah melibatkan projek sebanyak 12,552 unit rumah dengan kos sebanyak RM321, 492,000./SayangSabah

Ismail Sabri (Kiri) bersama penerima bantuan PPRT di Kampung Muhibbah, Putatan, Harsad (dua dari kiri) dan [email protected] (tiga dari kiri) -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan