Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,680

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada Penculikan Rakyat M’sia Di Perairan Sulu Rabu Lepas

2:07pm 20/06/2016 Pak Roshan 195 views Isu Semasa,Mutakhir

khalid2

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan tiada penculikan rakyat Malaysia di perairan Sulu pada Rabu lepas.

Beliau berkata sehingga kini, pihak berkuasa Filipina masih belum memberi apa-apa pengesahan berhubung insiden penculikan itu.

Khalid berkata demikian bagi mengulas laporan berita asing pada minggu lepas yang memetik Ketua Polis Tawi-Tawi Jeselito Salido berkata penculik yang belum dikenal pasti membawa tebusan ke perairan Sitankai, Tawi-Tawi sebelum dibawa ke Sulu.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa Tentera Mindanao turut mengesahkan maklumat sama.

Menyentuh mengenai isu pembayaran wang tebusan berjumlah RM12 juta oleh keluarga empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina pada 1 April lepas bagi pembebasan mereka, Khalid berkata tidak ada keperluan bagi polis menjalankan inkuiri mengenai dakwaan pembayaran wang tebusan itu.

“Buat apa mahu inkuiri kerana kami tidak terlibat…kami tahu ke mana wang itu pergi,” katanya.

Pada 16 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan wang yang diserahkan pihak keluarga mangsa kepada pasukan keselamatan yang mengendalikan kes berkenaan di Sandakan, Sabah telah diserahkan polis kepada badan tertentu yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan di Filipina dan beroperasi secara sah mengikut undang-undang negara itu.

Keempat-empat mangsa yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada 1 April ketika belayar menggunakan bot tunda dari Manila ke Sabah, selamat dibebaskan pada 8 Jun lalu.

Khalid sebelum itu menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya kepada ketua-ketua jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk diagihkan kepada anggota yang bertugas pada hari lebaran di sini, hari ini. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan