Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,724

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada pelajar terlibat dengan kumpulan samseng di Sabah

7:55pm 17/02/2016 Leolerry Lajius 188 views Jenayah,Tempatan
Chandra (Tengah) bersama guru-guru dan pelajar-pelajar di SM La Salle.

Chandra (Tengah) bersama guru-guru dan pelajar-pelajar di SM La Salle.

KOTA KINABALU: Tidak ada pelajar sekolah yang dikesan terbabit dengan kegiatan samseng bagi sekolah-sekolah di Sabah dan khususnya di Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, setakat ini pihak polis belum mengesan terdapat pelajar yang terlibat dengan kegiatan samseng atau gangsterism.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan Program Remaja Berwawasan di Sekolah Menengah La Salle, pagi tadi.

“Setakat ini pihak polis belum mengesan penglibatan pelajar dalam kegiatan samseng tetapi penglibatan dalam hal melibatkan kerosakan dan kenakalan tetap ada kerana mereka masih kebudak-budakkan dan mudah terpengaruh dengan media sosial,” katanya.

Sementara itu, Chandra berkata bahawa penganjuran program tersebut merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dilaksanakan dengan kerjasama sekolah-sekolah terpilih bersama dengan Polis serta Angkatan Tentera.

“Seramai 40 orang pelajar yang dipilih dari setiap sekolah akan menjalani program bersama pihak Polis atau pihak Angkatan Tentera yang akan dilaksanakan setiap dua kali sebulan,” katanya.

Program tersebut yang melibatkan aktiviti seperti bengkel, lawatan ke balai polis, lawatan ke kem tentera atau perarakan bulanan yang akan diadakan di sekolah-sekolah adalah bertujuan untuk membina sahsiah pelajar supaya mereka akan berani tampil untuk menjadi seorang pemimpin di masa akan datang.

Chandra juga berkata bahawa, pelajar dan ibu bapa pelajar tersebut juga akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi maklum balas mengenai program yang dianjurkan untuk fasa kedua ini selepas pelaksanaan fasa pertama mendapat maklum balas yang positif dari pihak yang terlibat.

Program yang melibatkan pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 di Sekolah Menengah La Salle dan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu ini akan dilaksanakan selama dua tahun.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan