Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada produk Milo tiruan dijual di Sabah: KPDNKK

FB_IMG_1426774397747

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Sabah mengesahkan tiada produk Milo tiruan dijual di negeri ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pengesahan tersebut adalah hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa di beberapa daerah di seluruh negeri, sepanjang minggu ini.

“Dalam pemantauan itu, pihak Kementerian juga tidak menemui produk tiruan makanan lain yang dijual di pasaran,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai adalah digalakkan menyalurkan maklumat berserta bukti bergambar kepada pihak berkuasa berkenaan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk tiruan kepada pengguna. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan