Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada masalah kurang tiket penerbangan sempena perayaan

3:17pm 29/06/2016 Leolerry Lajius 61 views Tempatan
Masidi (dua dari kiri) dan Ritzerwan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (dua dari kiri) dan Ritzerwan (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: MASwings tidak berhadapan dengan kesulitan dan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang menjelang hari raya aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif MASwings Kapten Ritzerwan Rashid berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi penumpang agar tidak menghadapi sebarang kesulitan sepanjang musim perayaan ini.

“Setakat ini, MASwings tidak menghadapi sebarang masalah berkaitan penerbangan dan kami bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penumpang sempena musim perayaan ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Majlis Berbuka Puasa MASwings bersama anak yatim Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), di sini, semalam.

MASwings yang telah lama menjalin kerjasama dengan YADIM terlibat dengan pelbagai inisiatif untuk membangun dan memperkayakan tumbersaran anak-anak yatim.

Pada tahun lalu, di bawah ‘Program Penerbangan Prihatin MASwings-YADIM’ seramai 40 anak-anak di bawah YADIM telah dibawa mengikuti penerbangan ke Sandakan.

Turut hadir sempena majlis berkenaan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar  Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai serta Pengarah YADIM Zon Sabah Tuan Hj Samin Ongki.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Masidi (tengah) bersama Ritzerwan mengambil gambar bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Masidi (tengah) bersama Ritzerwan mengambil gambar bersama anak-anak yatim yang menerima sumbangan sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan