Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIADA KOMPROMI TERHADAP PEGAWAI KERAJAAN LANGGAR UNDANG-UNDANG – MUSA AMAN

imigresen sabah
Sumber Gambar : Utusan Online

 

KOTA KINABALU, 5 Feb : Kerajaan Sabah tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan yang melanggar integriti dan undang-undang di kalangan pegawai kerajaan yang diamanahkan dengan kuasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata dalam hubungan ini, kerajaan negeri berharap pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap empat pegawai imigresen yang ditahan di Lahad Datu kerana disyaki mengeluarkan pas lawatan sosial secara meragukan kepada rakyat asing untuk tinggal di negeri ini.

“Jika didapati bersalah, hukuman maksimum hendaklah dikenakan supaya ia menjadi pengajaran kepada pihak lain,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas penahanan empat pegawai imigresen pada Isnin (2 Feb) berikutan aduan bahawa warga Pakistan telah diberi pas lawatan sosial secara meragukan untuk tinggal di negeri ini.

Musa berkata toleransi sifar harus diamalkan berhubung dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

“Mereka yang diberi kuasa dan diamanahkan untuk menjaga sempadan seharusnya tidak mengamalkan perbuatan yang meragukan seperti menerima rasuah untuk kepentingan peribadi dan tidak melupakan bahawa tindakan itu menyalahi undang-undang,” katanya.

Suspek yang berusia lingkungan 29 dan 56 tahun itu bertugas di Jabatan Imigresen Lahad Datu.

Mereka direman selama seminggu sejak Isnin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kerana meminta sogokan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan