Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada kes pukul kerana pakai baju parti politik

DATUK Ramli Din. – Foto NSTP

 

SANDAKAN: Polis memberikan amaran kepada pihak memuat naik status dalam laman sosial sehingga viral, kononnya berlaku kes individu dipukul kerana memakai baju dengan logo parti politik tertentu di Telupid.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata tiada kejadian seumpama itu berlaku di negeri ini seperti disebarkan menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.

Beliau sehubungan itu meminta orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu berkenaan.

“Keadaan di negeri ini aman dan tiada kejadian buruk berlaku setakat ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu mesej tersebar yang memberi amaran agar orang ramai tidak memakai baju dengan lambang sebuah parti politik kerana kononnya akan dipukul beramai-ramai.

Ramli berkata, keadaan keselamatan di Sabah juga stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan