Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada kenaikan kadar tarif elektrik: Maximus

TAWAU: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memberi jaminan bahawa kadar bagi tarif elektrik di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak tidak akan dinaikkan sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Maximus Ongkili berkata, jaminan tersebut sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa mengumumkan penstrukturan semula Bajet 2015 baru-baru ini.

“Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan tidak ada kenaikan harga pada tahun ini,” katanya ketika ditemui semasa melakukan lawatan ke Pasar Tanjong Tawau di sini hari ini.

Menurut beliau, kadar tarif elektrik untuk 2014 sepatutnya meningkat, namun kerajaan mengambil keputusan untuk menanggung subsidi dengan simpanan daripada penjana bebas sebanyak RM800 juta.

“Untuk tahun hadapan pula, kena tengok harga minyak dahulu tapi kita harap ianya stabil iaitu tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah kerana ia mempengaruhi ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu harga barang yang kekal tinggi, Maximus berkata, kerjasama semua pihak terutama syarikat pengeluar, pembekal, peniaga dan pengguna  perlu bagi membantu menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.

“Kerajaan sekadar dapat mengambil tindakan kepada yang bersalah melanggar undang-undang yang telah ditetapkan sedangkan semua juga tahu apabila harga minyak turun kos pengeluaran barang pun juga akan berkurangan,” katanya. – Oleh MASANI SANDAN / Sayangsabah

LAWATAN… Maximus (tengah) menyerahkan kalendar 2015 kepada para peniaga di Pasar Tanjong Tawau ketika mengadakan lawatan ke situ. – foto Masani Sandan / Sayangsabah
LAWATAN… Maximus (tengah) menyerahkan kalendar 2015 kepada para peniaga di Pasar Tanjong Tawau ketika mengadakan lawatan ke situ. – foto Masani Sandan / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan