Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada Kenaikan Harga Ayam Di Peringkat Runcit Di Sabah – Jainab

1454573955057

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata tiada kenaikan harga ayam pedaging dikesan berlaku di peringkat peruncitan di Sabah berdasarkan pemantauan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).

Bagaimanapun katanya, PPDNKK mendapati dua syarikat pemborong ayam pedaging di negeri itu menaikkan harga borong ayam pedaging sebanyak 30 sen dan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 sudah dikeluarkan kepada mereka.

“Saya mintalah (anggota) PPDNKK turun padang dan pegawai-pegawai berkenaan ambil tindakan (terus), jangan beri amaran lagi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas mengenai harga ayam pedaging disebabkan wabak Bronkitis Berjangkit (IB), Jainab berkata fenomena berkenaan tidak berlaku di Sabah.

Bagaimanapun katanya, pemantauan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan