Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada Kejadian Tembak-menembak Di ESScom – Zahid Hamidi

400 PGA Sarawak

PUTRAJAYA– Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Jumaat menafikan berlakunya kejadian tembak-menembak di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) awal pagi ini.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.

“Janganlah terlalu seronok untuk menyebarkan khabar angin dan berita palsu melalui media sosial yang boleh mewujudkan kebimbangan rakyat.

“Jangan suka mengeruhkan keadaan kerana pihak keselamatan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keadaan di kawasan itu selamat,” katanya kepada pemberita selepas rakaman ucapan Aidilfitri di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik sepatutnya bersatu hati demi keselamatan negara.

Terdahulu Bernama melaporkan Komander ESSCom DCP Datuk Abdul Rashid Harun turut menyangkal laporan media sosial kononnya berlaku kejadian tembak-menembak antara anggota keselamatan dengan kira-kira 200 pengganas Sulu Filipina di kawasan itu.

Abdul Rashid meminta rakyat negeri ini supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terkawal.

Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keselamatan di ESSZone.

Komen


Berita Berkaitan