Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIADA KECEDERAAN LUARAN

Anak gajah yang dijumpai mati itu. Gambar Fail SNT/Ehsan Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar

KINABATANGAN: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) mengesahkan kematian seekor gajah jantan yang ditemui terapung di Sungai Kinabatangan berhampiran Hutan Simpan Pangi pada 13 Ogos lalu tidak mengalami sebarang kecederaan luaran.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam jabatan itu, Siti Nur’ain Ampuan Acheh, pemeriksaan fizikal yang dijalankan pegawai veterinar JHLS tidak mendapati sebarang kecederaan luaran di fizikal haiwan tersebut.

“Satu bedah siasat telah dijalankan oleh seorang pegawai veterinar JHLS terhadap gajah jantan yang dianggarkan berusia dua hingga tiga tahun itu.

“Kesimpuan hasil penemuan awal bedah siasat itu mendapati bahawa gajah berkenaan mengalami ulcerative gastritis yang mengakibatkan kehilangan darah yang teruk dalam gastrointestinal (berkaitan usus dan perut).

“Penyebab ulcerative gastritis boleh menjadi punca berjangkit atau tidak berjangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sampel organ dalaman haiwan itu turut diambil bagi analisis toksikologi dan bakteriologi.

Jelasnya, punca sebenar mengenai kematian gajah tersebut hanya boleh dipastikan apabila keputusan analisis sampel diperolehi. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan