Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,712

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada kaitan dengan pengurusan Suria Sabah dan kumpulan Buskers-Papai Ciecie

8:31pm 24/01/2016 Leolerry Lajius 1672 views Jenayah,Tempatan

bogel-1-600x366

KOTA KINABALU: “Pihak pengurusan Suria Sabah dan kumpulan ‘Buskers’ tidak mempunyai sebarang kaitan mengenai kejadian yang berlaku di kompleks beli belah yang melibatkan diri saya.”

Demikian ungkapan suspek yang telah menjadi viral di laman sosial berikutan perbuatannya yang mengadakan persembahan nyanyian bersama kumpulan tersebut dengan menggunakan pakaian yang menjolok mata ketika hadir ke IPD Kota Kinabalu petang kelmarin.

“Saya  menyanyi tanpa sebarang persedian awal atau jemputan dari mana-mana pihak serta tidak ada menerima apa-apa bayaran untuk persembahan itu  dan saya  menyanyi pada hari kejadian hanya untuk bersuka ria dan tiada motif lain,”katanya.

Suspek yang hadir ke IPD ditemani bapanya  telah dirakam percakapan mengenai kejadian tersebut dan mengaku bahawa gambar yang dikeluarkan pada muka hadapan Daily Express pada 16 Januari lalu  adalah dirinya.

Suspek telah ke pusat membeli belah Suria Sabah pada 16 Januari lalu bersama dua orang rakannya untuk membeli belah dan melihat  sekumpulan “buskers” sedang membuat persembahan di hadapan pintu masuk Suria Sabah. Suspek dengan suka rela telah bertindak untuk menyanyi bersama kumpulan buskers dengan  lagu “Im Yours”  lebih kurang tiga  minit dan terus beredar selepas menyanyikan lagu tersebut bersama rakannya.

Suspek ditangkap dan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama suspek menyerah diri setelah selesai dirakam percakapan.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan