Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada Isu Kenaikan Harga Ubat Di Hospital, Klinik Kerajaan

6:11pm 24/11/2015 Pak Roshan 18 views Mutakhir,Nasional
ubat

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu kenaikan harga ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan kerana ia ditangggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Kementerian Kesihatan dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat menjelaskan, pesakit yang datang ke hospital dan klinik kerajaan tidak perlu membayar kos ubatan.

“Dalam sektor kerajaan, peningkatan kos perubatan akan melibatkan kerajaan dan bukan pesakit,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) yang ingin tahu apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan tiada peningkatan bagi kos ubatan di hospital dan klinik kerajaan.

Kebelakangan ini kebimbangan disuarakan oleh banyak pihak bahawa kemungkinan harga ubat-ubatan akan meningkat sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan