Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,679

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada isu kekurangan bekalan minyak masak di Sabah

8:12pm 03/11/2016 Pak Roshan 72 views Isu Semasa,Mutakhir

minyakmasak

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah memberi jaminan bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi bagi menampung permintaan serta pengunaan harian, termasuk menjelang Krismas dan Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya, Yahya Sulaiman, berkata pemantauan pihaknya di pusat pemborong, pasar raya dan kedai runcit di seluruh negeri termasuk di Pulau Sebatik di sini yang bersempadan dengan Indonesia mendapati stok bekalan minyak satu kilogram bersubsidi dan minyak botol lima kilogram adalah mencukupi dan terkawal.

“Sehubungan itu, kita meminta pengguna tidak membuat pembelian panik kerana bekalan minyak masak di negeri ini masih banyak, malah pemantauan sejak dua minggu lalu oleh penguat kuasa KPDNKK mendapati bekalan di pasar raya besar mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan bekalan minyak masak di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Cawangan KPDNKK Tawau, Peter J Berinus Agang.

Mengulas lanjut, Yahya berkata, pihaknya juga menggerakkan pasukan penguat kuasa untuk turun padang dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan di pasar raya utama bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan menyorokkan bekalan minyak.

Mengenai penyelarasan harga bagi sesetengah jenama minyak masak lima kilogram yang dijual pada harga berbeza, beliau berkata, ia ditetapkan mekanisme permintaan dan penawaran daripada pengguna.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut Akta Pencatutan jika harga diletakkan terlalu tinggi.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan