Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada istilah telah terlambat untuk memperbaiki kelemahan- Masidi

Masidi (kanan) bersama Jame Alip ketika majlis pelancaran program tersebut.
Masidi (kanan) bersama Jame Alip ketika majlis pelancaran program tersebut.

KOTA KINABALU:  Tiada istilah telah terlambat untuk memperbaiki kelemahan atau kesilapan yang telah dilakukan di masa lalu.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, untuk memperbaiki dan memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar istilah telah terlambat atau menyalahkan masa lalu tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tidak melihat penyelesaian untuk mengukuhkan penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar  jika terus menyalahkan masa lampau tetapi kita harus memikirkan langkah untuk  menyelesaikan masalah itu kerana ia lebih berkesan dari terus menyalahkan masa lalu,”katanya ketika ditemui media sempena pelancaran Program Hari Bahasa Inggeris peringkat negeri di SMK Sri Nangka Tuaran, pagi tadi.

Tambah beliau, pelaksanaan hari selasa sebagai hari bahasa inggeris juga merupakan salah satu platfrom permulaan yang baik untuk mendorong para pelajar bercakap dalam bahasa inggeris.

Sementara itu, ketika berucap membacakan teks ucapan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, beliau berkata bahawa usaha berterusan perlu dilakukan untuk mengukuhkan pengusaan bahasa inggeris memandangkan bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa.

“Dianggarkan bahawa sebanyak dua billion penduduk di dunia menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan harian mereka iaitu satu pertiga daripada penduduk di dunia,”katanya.

Menurut beliau lagi, mempelajari bahasa tersebut juga adalah amat penting memandangkan peluang pekerjaan juga dipengaruhi dengan penguasaan dalam bahasa inggeris.

Beliau juga menyeru masyarakat agar tidak perlu malu untuk menggunakan bahasa tersebut walaupun kadangkala digelar sebagai menunjuk-nunjuk oleh rakan-rakan.

“Perkara ini bukanlah satu situasi yang baik untuk seseorang meningkatkan tahap pengusaan dalam bahasa inggeris tetapi ia bukanlah satu penghalang untuk mengukuhkan lagi kebolehan berbahasa inggeris,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan