Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada harapan

10:04am 03/05/2015 Pak Roshan 15 views Global
Seorang wanita Nepal meminta sedekah di Kathmandu.

Seorang wanita Nepal meminta sedekah di Kathmandu.

Kathmandu: Kerajaan Nepal semalam menolak sebarang kemungkinan untuk menemui lebih banyak mangsa masih hidup di bawah runtuhan akibat gempa bumi yang membunuh lebih 6,700 nyawa di negara itu, seminggu selepas dilanda gempa paling buruk dalam tempoh lebih 80 tahun.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Laxmi Prasad Dhakal berkata: “Sudah seminggu sejak bencana berlaku. Kami mempergiat usaha dalam operasi menyelamat dan bantuan, tetapi saya fikir tidak mungkin masih ada yang masih hidup di bawah runtuhan itu,”

Katanya, kini usaha lebih menumpukan kaedah menghantar bekalan kepada mangsa terselamat di kawasan terpencil yang masih belum menerima sebarang bantuan.

Laxmi berkata, jumlah kematian kini meningkat kepada 6,621, dan mangsa yang mengalami kecederaan 14,023.

Walaupun pelbagai pasukan penyelamat dari lebih 20 negara terbabit dalam usaha menyelamat dengan menggunakan anjing pengesan dan peralatan mengesan haba, tiada mangsa masih hidup berjaya dikeluarkan sejak Khamis lalu.

Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh di India dan China akibat bencana berkenaan.

Kerosakan dan kematian sebenar akibat bencana masih belum dapat disahkan secara rasmi termasuk 1,000 penduduk Kesatuan Eropah (EU) – dipercayai mendaki di sekitar Himalaya – yang masih belum dapat dikenal pasti nasib mereka.

Sementara itu, penduduk yang terjejas turut menceritakan pengalaman mereka.

“Hampir setiap rumah di kampung saya musnah dan 20 terbunuh. Kami kehilangan semua haiwan ternakan,” kata Kumar Ghorasainee.

Seorang guru bahasa Inggeris berusia 33 tahun berkata, sekolah di kampungnya runtuh.

“Tiada sesiapa datang untuk selamatkan kami. Lori bantuan dan kereta hanya berlalu pergi, jadi bagaimana kami mahu mengendalikan situasi ini?” katanya.- AFP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan