Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada hak bagi Daish

9:53am 15/11/2016 Pak Roshan 7 views Global
GAMBAR fail, militan Daish berarak di satu lokasi di Iraq. - Agensi

GAMBAR fail, militan Daish berarak di satu lokasi di Iraq. – Agensi

Reuters

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam memberi amaran dia tidak akan mematuhi hak asasi manusia bagi menyelamatkan rakyatnya sekiranya militan Daish bertapak di negara itu.

Duterte berkata, dia bimbang militan Daish yang tewas di Iraq dan Syria mungkin mencari negara lain untuk mencari perlindungan serta meneruskan agenda mereka.

Katanya, keadaan di wilayah Mindanao yang sudah lama menjadi kubu kuat pemberontak dan pengganas mungkin menarik kedatangan Daish.

“Apabila pengganas di Asia Barat dihalau dari kawasan yang ditawan dan tiada tempat untuk mereka tidur lagi, mereka akan mencari kawasan lain dan mereka akan datang ke sini.

“Bagaimanapun, kami sudah bersedia dengan kemungkinan itu,” katanya.

Ujarnya, dia tidak akan mempertahankan hak asasi manusia sekiranya nyawa rakyat Filipina terancam.

“Ingat, mereka ini (Daish) tidak sedikit pun memahami apa itu hak asasi manusia, percayalah.

“Saya tidak akan biarkan rakyat saya disembelih atas nama hak asasi manusia, ini adalah mengarut,” tegasnya.

Duterte sering menjadi sasaran aktivis hak asasi manusia selepas kempen memerangi dadah yang dilancarkannya menyebabkan lebih 2,300 suspek dadah maut.

Dia juga mendakwa kumpulan militan termasuk Abu Sayyaf yang sering menculik warga asing bagi menuntut wang tebusan, sangat kuat di Mindanao.

Abu Sayyaf kini dipercayai menahan 21 tebusan dan walaupun kerajaan melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di Mindanao, aktiviti penculikan masih berlaku.

Duterte memberi amaran, dia mungkin mengambil tindakan lebih drastik dan keras bagi menghentikan aktiviti keganasan serta jenayah di negara itu. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan