Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada Draf Laporan 1MDB Disiapkan Setakat Ini

1mdb

KUALA LUMPUR – Ketua Audit Negara berkata tiada draf laporan yang telah disiapkan setakat ini kerana pengauditan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih lagi dijalankan.

Jabatan Audit Negara mengeluarkan satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan kedudukan terkini berikutan satu artikel oleh The Wall Street Journal yang mengaitkan dakwaan terhadap 1MDB dengan draf laporan pengauditan.

“Jabatan telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam mesyuarat pada hari ini bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB oleh jabatan telah dijadualkan untuk dibentangkan kepada PAC pada bulan Februari 2016,” katanya.

Jabatan tersebut juga akan memastikan laporan akhir itu dapat disiapkan mengikut jadual. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan