Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada cadangan tambah peruntukan bagi badan keagamaan bukan Islam

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan meneruskan peruntukan kepada badan-badan agama bukan Islam, sekolah mubaligh dan persendirian Cina di Sabah bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pembiayaan itu diberikan sebagai subsidi dan bukan untuk menampung sepenuhnya perbelanjaan yang diperlukan oleh pihak berkenaan.

“Pada waktu ini, kerajaan negeri belum ada cadangan untuk menambah jumlah peruntukan bagi maksud tersebut tetapi akan mempertimbangkan pada masa hadapan… tertakluk dengan kedudukan kewangan negeri,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (PBS-Kiulu) mengenai sama ada kerajaan negeri akan meneruskan dan menaikkan pemberian peruntukan kepada badan-badan agama bukan Islam dan sekolah mubaligh dan persendirian Cina di Sabah.

Menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu itu berhubung cadangan pemberian elaun kepada paderi atau pastor, Mohd Shafie berkata, keadaan kewangan negeri tidak mengizinkan ketika ini untuk perbelanjaan tambahan lain memandangkan kerajaan perlu melaksanakan pembayaran hutang.

“Saya telah nyatakan dalam ucapan saya, jika ada keizinan kewangan, kita akan laksanakan sebaik mungkin. Waktu itu saya beranggapan kita mempunyai RM4 bilion rizab, tapi saya dapati sebagai Menteri Kewangan Negeri, tidak sampai pun RM2 bilion rizab yang ada,” ujarnya.

Mohd Shafie menambah, pengagihan peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan setakat ini adalah berjumlah RM17 juta sahaja dan bukan RM30 juta seperti dinyatakan sebelum ini.

Begitupun, katanya, kerajaan dan akan meneruskan pembiayaan itu untuk memastikan pemberian itu dimanfaatkan oleh semua agama lain.

Mengenai cadangan agar satu unit khas ditubuhkan di Sabah untuk menjaga penganut bukan Islam seperti yang diwujudkan di Sarawak, Mohd Shafie berkatra, pada waktu ini pihaknya belum melihat keperluan untuk menubuhkannya.

“Tidak perlu untuk kita wujudkan unit khas kerana Kementerian Undang-Undang dan Anak Negeri yang ada telah pun dipertanggungjawabkan untuk memastikan supaya apa juga permasalahan oleh agama lain akan diuruskan dengan baik,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan