Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada cadangan bina Kompleks Sukan Komuniti- Tawfiq

tawfiq

KOTA KINABALU:  Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk membina Kompleks Sukan Komuniti yang baharu di seluruh Sabah termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting kerana ia memerlukan kos yang sangat tinggi.

Menjawab soalan Charles O Pang Su Pin (BN-Karamunting), Tawfiq berkata kerajaan juga tidak bercadang membina kemudahan seperti itu di Sandakan kerana Majlis Perbandaran Sandakan sudah mempunyai kompleks sukan selain pelbagai kemudahan sukan yang sedia ada di kawasan berkenaan.

Katanya satu-satunya Kompleks Sukan Komuniti (KSK) di Sabah terletak di Sungai Manila di Libaran, Sandakan, yang terletak di kawasan seluas 1.2 hektar dengan kos RM3.36 juta dan telah beroperasi sejak Ogos 2013.

Di samping itu Tawfiq berkata Kementerian Belia dan Sukan telah membina sebanyak 244 Gelanggang Futsal 1Malaysia di seluruh Sabah sejak 2009 dengan keseluruhan kos pembinaannya berjumlah RM35,316,215.

Komen


Berita Berkaitan