Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada bukti dana digelapkan, nama PM tak disebut

7:38pm 21/07/2016 Pak Roshan 432 views Isu Semasa,Mutakhir
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR: Peguam Negara menegaskan tiada sebarang bukti diperoleh daripada mana-mana siasatan agensi penguat kuasa undang-undang yang menunjukkan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) digelapkan.

Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerusi satu kenyataan hari ini, berkata saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) adalah berhubung penyitaan beberapa aset dan ia sedang didengar di Mahkamah Sivil.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memulakan prosiding terhadap individu yang melakukan sebarang perbuatan salah laku jenayah sekiranya terdapat bukti kukuh.

“Setakat ini, tiada sebarang dakwaan jenayah dibuat terhadap mana-mana individu atas kesalahan menyalahgunakan dana 1MDB,” menurut kenyataan itu.

Mohamed Apandi, berkata Jabatan Kehakiman AS juga tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan dalam saman sivil berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Jabatan Kehakiman AS bagi mendapatkan maklumat mahupun bukti berhubung perkara berkenaan.

“Pihak Pejabat Peguam Negara mengalu-alukan permohonan itu kerana ia sejajar dengan komitmen dalam kerjasama serta kolaborasi antarabangsa untuk memerangi rasuah serta kegiatan pengubahan wang haram.

“Hingga hari ini, pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap 1MDB. Oleh itu, sebarang kenyataan serta maklumat berhubung perkara berkenaan adalah tidak wajar kerana akan menjejaskan siasatan,” katanya.  –  BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan