Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada biskut raya dari China dijual di pasaran tempatan

Pegawai penguatkuasa KPDNKK menjalankan pemantauan di beberapa pasaraya sekitar Kota Kinabalu.
Pegawai penguatkuasa KPDNKK menjalankan pemantauan di beberapa pasaraya sekitar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Orang ramai terutama umat Islam kini boleh menarik nafas lega selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah mengesahkan tiada produk biskut raya dari China dijual di negeri ini.

Pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan oleh penguatkuasa KPDNKK di beberapa buah pasaraya hari ini mendapati kebanyakan produk biskut raya adalah hasil keluaran pengusaha tempatan.

“Pemeriksaan juga mendapati tiada bahan yang meragukan dalam kandungan biskut berkenaan,” kata Pengarahnya, Severinus Tukah dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pemantauan tersebut dijalankan berikutan laporan yang tersebar di internet yang mendakwa bahawa kebanyakkan biskut Hari Raya Aidilfitri yang dijual di negara ini diimport dari China.

Dakwaan itu menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan umat Islam berhubung status Halal biskut berkenaan di pasaran tempatan.

Sementara itu, beliau berkata, pembekal tempatan memberi jaminan bekalan biskut raya adalah mencukupi untuk menampung permintaan pengguna untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan