Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Theresa May PM baru Britain

Setiausaha Dalam Negeri Theresa May (kiri) akan menjadi PM terbaru Britain selepas pencabarnya Setiausaha Tenaga Andrea Leadsom (kanan) menarik diri hari ini. - Foto AFP
Setiausaha Dalam Negeri Theresa May (kiri) akan menjadi PM terbaru Britain selepas pencabarnya Setiausaha Tenaga Andrea Leadsom (kanan) menarik diri hari ini. – Foto AFP

London: Theresa May will akan menjadi Perdana Menteri baru Britain mulai Rabu ini selepas pencabarnya Andrea Leadsom menarik diri secara tiba-tiba hari ini dalam persaingan menggantikan David Cameron.

Cameron kemudian mengumumkan May akan mengambil alih tugas sebagai perdana menteri mulai Rabu, apabila Cameron dijangka menghadap Ratu Elizabeth II untuk mengemukakan surat peletakan jawatannya serta mencadangkan Setiausaha Dalam Negeri itu sebagai pengganti.

Cameron mengumumkan peletakan jawatannya selepas rakyat Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada pungutan suara 23 Jun lalu.

Walaupun May seperti Cameron menyokong Britain kekal dalam EU, namun dia mendiamkan diri ketika pungutan suara itu dan bertegas akan menghormati keputusan rakyat.

“Tiada usaha untuk kekal dalam EU, tiada usaha menyertai EU melalui pintu belakang, tiada pungutan suara kedua,” katanya dalam kempen.

May, 59, akan menjadi Perdana Menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher yang mentadbir pada 1979 hingga 1990. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan