Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

The Pegasus milik jutawan melayu

7:45pm 13/06/2014 Pak Roshan 355 views Pelbagai

pengasus

KUALA TERENGGANU: Kompleks sukan The Pegasus Country Club di Essex, United Kingdom, kini milik jutawan Terengganu, Datuk Abdullah Taib.

Kompleks sukan seluas 22 hektar di Herd Lane, Corringham, yang dijangka beroperasi sepenuhnya Ogos nanti, mempunyai lima padang bola sepak dengan satu daripadanya memenuhi piawaian Liga Perdana Inggeris dengan ciri setanding kelab terkenal seperti Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Menurut Abdullah yang baru pulang dari London, semalam, Kelab Desa Pegasus itu bakal melahirkan generasi baru bintang bola sepak Asia apabila siapnya kompleks sukan bertaraf antarabangsa yang mampu melatih pemain bola sepak Asia setaraf piawaian Liga Perdana Inggeris.

“Sebelum ini, kelab yang dikenali sebagai The Pegasus Sports & Social Club, cuma kelab untuk penduduk tempatan saja, namun kami berhajat memperkenalkan pusat latihan sukan bertaraf antarabangsa di sini.

“Bukan saja untuk sukan bola sepak kerana kelab ini turut mempunyai padang hoki, kompleks tertutup untuk sukan badminton, skuasy, futsal dan sukan lain termasuk riadah yang diminati penduduk setempat di Corringham,” katanya yang juga bapa kepada Azizatul Asma, 17, juara remaja dunia endurance Young Riders World Endurance Championship di Costa Azul, Uruguay, tahun lalu.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan