Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,802

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

The Malaysian Insider henti operasi mulai tengah malam ini

3:37pm 14/03/2016 Pak Roshan 188 views Mutakhir,Nasional

TMI

KUALA LUMPUR – The Edge Media Group membuat keputusan menutup portal beritanya, The Malaysian Insider (TMI), mulai tengah malam ini.

Menurut kenyataan media dalam talian, The Edge Markets, pengarang TMI, Jahabar Sadiq berkata, penutupan itu dibuat atas sebab komersial.

“The Edge Media Group membuat keputusan menutup The Malaysian Insider mulai tengah malam ini atas sebab komersial. Barangkali, kami mengambil tindakan tepat dengan keluar daripada talian betul-betul mulai pertengahan Mac,” katanya.

Menurut sumber daripada portal berita itu, satu perjumpaan antara 59 petugas dan pihak pengurusan TMI akan diadakan di ibu pejabat TMI di Petling Jaya hari ini.

Sementara itu, terdapat laporan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif, The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata, syarikat itu mengalami kerugian RM10 juta sepanjang tempoh 20 bulan sejak ia mengambil alih TMI pada Jun 2014.

Pada 25 Februari, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat akses kepada The Malaysian Insider.

SKMM berkata, tindakan itu diambil kerana kandungan portal berita itu didapati melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan