Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Thaipusam disambut secara sederhana di Kota Kinabalu

KAVADI... Penganut Hindu berarak untuk mengiringi pembawa Kavadi menuju ke Kuil Sri Subramaniyar. - foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah
KAVADI… Penganut Hindu berarak untuk mengiringi pembawa Kavadi menuju ke Kuil Sri Subramaniyar. – foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Perayaan Thaipusam disambut secara sederhana oleh penganut agama Hindu seawal jam 6.00 pagi di sebuah kawasan lapang di Lok Kawi, dekat sini hari ini.

Acara dimulakan dengan upacara keagamaan Hindu termasuk mencukur rambut dan melaksanakan nazar di kalangan penganut agama tersebut yang datang dari beberapa buah daerah di negeri ini.

Mereka kemudian berarak menuju ke kuil Sri Subramaniyar yang terletak di Jalan Lama Kinarut – Penampang bagi menyampaikan rasa kesyukuran melaksanakan nazar atau menebus dosa masing-masing sempena perayaan Thaipusam.

Perayaan itu menyaksikan Raju A/L Sandapani, 60, yang berasal dari daerah Papar, melaksanakan nazar sebagai pembawa Kavadi.

FW9A6429Sementara itu, S.Puvanathan, 25, berkata, sambutan Thaipusam tahun ini diraikan dengan sederhana di kalangan ahli keluarga dan rakannya.

“Biasanya selepas balik dari kuil, saya sekeluarga akan menjamu selera sebelum berkunjung ke rumah saudara mara atau rakan lain,” katanya.

Dalam pada itu, satu pertunjukan kereta berhias dijadual akan diadakan pada jam 7.00 malam ini.

Kereta berhias berkenaan akan melalui laluan sepanjang dari Kuil Subramaniyar sehingga ke bulatan Sabindo sebelum berpatah balik ke kuil tersebut.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia semasa bulan penuh Tamil yang dipanggai ‘Thai’ bagi memperingati hari kelahiran Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.

Selain itu, perayaan itu juga bagi memperingati peristiwa di mana Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat bernama Soorapadman serta mengembalikan kemakmuran dan kesejahteraan manusia. – oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

THAIPUSAM... Sebahagian penganut Hindu mula berarak menuju ke Kuil Sri Subramaniyar. - foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah
THAIPUSAM… Sebahagian penganut Hindu mula berarak menuju ke Kuil Sri Subramaniyar. – foto Ille Liyana Tugimin / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan