Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Thailand tembak tujuh penyeludup dadah

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bangkok: Pihak berkuasa Thailand menembak mati tujuh lelaki dipercayai penyeludup dadah dan merampas enam beg mengandungi dadah jenis heroin dalam kejadian tembak menembak berhampiran sempadan Myanmar, kata pegawai semalam.

Heroin dan pelbagai dadah lain sering diseludup dari Myanmar ke Thailand yang dijadikan laluan pasaran dadah di rantau ini.

“Sekumpulan 10 hingga 15 penyeludup bertempur dengan pasukan separuh tentera Thailand di daerah Mae Fah Luang yang terletak di wilayah Chiang Rai, semalam (kelmarin),” kata ketua polis Mae Fah Luang, Vorayan Bunarat.

“Pertempuran itu menyebabkan tujuh anggota kumpulan itu maut. Buat masa ini kami tidak dapat mengenal pasti identiti suspek,” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa berjaya merampas senjata api dan enam beg mengandungi dadah jenis heroin.

“Sebahagian penyeludup berjaya melepaskan diri dan tiada anggota keselamatan yang cedera,” jelasnya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan