Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Thailand semakin kering

TERUSAN Amphawa di Samut Songkhram yang popular dengan pasar terapungnya kini kering akibat kemarau.
TERUSAN Amphawa di Samut Songkhram yang popular dengan pasar terapungnya kini kering akibat kemarau.

Bangkok: Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej bimbang dengan keadaan kemarau yang melanda negara itu dan meminta kerajaan menyegerakan usaha pembenihan awan untuk membentuk hujan.

Setiausaha untuk Pertanian dan Kerjasama Thailand, Chavalit Chukhachorn berkata, pihak istana menghubungi beliau sendiri kelmarin bagi menyampaikan kebimbangan Bhumibol itu.

“Bhumibol gusar dengan musim kemarau yang melanda negara ketika ini dan baginda juga bimbang selepas paras air di empangan utama semakin kering,” katanya.

Chavalit memberitahu kebimbangan Bhumibol itu ketika melawat empangan Pasak Jolasid di Lop Buri di wilayah Phatthana Nikhom kelmarin.

Katanya, paras air di empangan itu kini menurun kepada 65 juta kubik meter – yang terendah dicatatkan dalam tempoh 20 tahun.

Menurutnya, istana mahu kerajaan segera membuat proses pembenihan awan ketika angin lembap melanda negara itu ketika ini.

Ribut Kujira yang bergerak dari Da Nang, Vietnam menuju ke bahagian selatan China pada minggu lalu dan membawa angin lembap ke Thailand.

“Kerajaan mengarahkan stesen pembenihan awam untuk segera melakukan tugas menentang musim kemarau ini.

“Kerajaan sangat menyokong saranan istana ini.

“Ketika ini petani juga menunggu hujan turun untuk memulakan proses menanam benih tanaman mereka,” jelasnya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan