Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Thailand lelong beras busuk

9:31am 02/12/2015 Pak Roshan 7 views Global
KEADAAN beras busuk yang ditemui di gudang negara.

KEADAAN beras busuk yang ditemui di gudang negara.

Bangkok: Dua syarikat swasta Thailand semalam berjaya dalam bidaan untuk membeli 37,413 tan beras yang sudah busuk, kata Kementerian Kewangan.

Thailand mahu menjual beras busuk yang disimpan di gudang negara bagi mengurangkan lambakan makanan itu yang dibeli melalui skim sokongan petani yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.

Beras busuk itu dijual untuk kegunaan industri seperti menghasilkan etanol dan bahan lain.

Beras bernilai AS$5.5 juta (RM23.27 juta) adalah lot pertama dijual daripada hampir 6 juta tan beras busuk yang terdapat di gudang negara.

“Kami melihat adakah lelongan ini berjalan lancar sebelum memutuskan untuk mengadakan lelongan seterusnya,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Chutima Bunyapraphasara.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan tidak memberitahu bilakah jualan itu akan diluluskan.

Thailand berhasrat mengurangkan lambakan beras selepas menamatkan skim sokongan petani yang diperkenalkan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Yingluck pada Januari lalu diharamkan daripada menyertai politik selama lima tahun selepas didapati bersalah kerana cuai ketika mengendalikan skim berkenaan.

Junta tentera yang menumbangkan pemerintahan Yingluck dalam satu rampasan kuasa pada 2014 berkata, skim itu menyebabkan kerajaan kehilangan AS$16 bilion (RM67.71 bilion).

Thailand negara pengeluar beras terbesar dunia sebelum gelaran itu dirampas India pada tahun lalu, mempunyai kira-kira 13 juta tan simpanan beras.

Namun, kualiti kira-kira enam juta tan beras di gudang negara berada di bawah tahap standard atau busuk dan diisytiharkan tidak sihat dimakan manusia atau haiwan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan