Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Thai pertimbang halalkan methamphetamine

9:16am 18/06/2016 Pak Roshan 4 views Global
Paiboon

Paiboon

Bangkok: Kerajaan Thailand menimbang untuk menghalalkan methamphetamine selepas menteri undang-undangnya mengakui negara itu gagal dalam memerangi dadah berkenaan.

Menteri Undang-Undang, Paiboon Koomchaya mencadangkan methamphetamine yang dikenali sebagai ya ba di Thailand patut digugurkan dari senarai dadah berbahaya kerana ia kurang memudaratkan berbanding alkohol atau rokok.

Kenyataan Paiboon itu memberi isyarat mengenai perubahan dasar di Thailand yang tidak bertoleransi dengan dadah dan mengenakan hukuman penjara berat ke atas pesalah.

Akhbar Bangkok Post memetik Paiboon sebagai berkata, pendekatan terhadap dadah itu ketika ini tidak menunjukkan sebarang hasil.

“Dunia kini menyerah kalah kepada dadah dan mula berfikir bagaimana untuk hidup bersama dengan dadah.

“Ia seperti lelaki yang menghidap kanser dan kerana tiada sebarang ubat, dia terpaksa memilih untuk hidup bahagia bersama kanser,” katanya.

Namun, katanya, langkah untuk menghalalkan methamphetamine perlu ditimbang dengan berhati-hati dan terkawal.

Thailand kini bergelut untuk mengawal jumlah penagih dadah yang semakin meningkat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan