Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TH serah zakat RM1.1 juta

KOTA KINABALU: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat sebanyak RM1,165,373.16 bagi ​tahun ​2017 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Sabah​ (MUIS)​.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani berkata, pembayaran zakat bagi Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 11.15 peratus berbanding ​RM1,048,485.95 ​​tahun 2016.

“TH sentiasa melaksanakan bayaran zakat pada permulaan tahun agar wang tersebut dapat dimanfaatkan ke arah kemampanan program-program zakat dirangka dan disasarka​​n kepada golongan asnaf miskin yang layak.

“TH amat mengutamakan aspek kelestarian ekonomi ummah dan dengan bayaran zakat ini dapat membantu meningkatkan lagi kegiatan ekonomi golongan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Tambahnya, jumlah keseluruhan bayaran zakat TH 2017 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 12.14 peratus bersamaan RM67.6 juta berbanding tahun sebelumnya, RM60.3 juta.

“Dengan kenaikan tersebut, TH akan meningkatkan lagi program pengagihan zakat secara terus kepada asnaf-asnaf di seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporatnya

“Program ini diharapkan dapat memberi manfaat secara terus kepada lebih ramai golongan sasar,” jelas Adi.

Katanya, pelbagai bentuk CSR yang diadakan sama ada terus bawah Yayasan TH seperti program membina rumah, bantuan ibu tunggal, aktiviti-aktiviti bulan ramadan di samping kursus dan program motivasi untuk para pelajar yang menduduki peperiksaan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MUIS, Junaidi Jumahad dan Pengarah TH Sabah, Datin Nurlaila Said./Penerangan-

Tun Juhar (tengah) menyaksikan penyerahan zakat oleh Adi (lima dari kiri) kepada Junaidi​ (empat dari kanan).

Komen


Berita Berkaitan