Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tg. Kapor terbakar lagi

tg kapor terbakar lagi

KUDAT: Ketangkasan sepasukan anggota bomba berjaya mengawal api daripada menular ke kawasan kejiranan lain setelah sebuah rumah di Kampung Tanjung Kapur, hampir musnah dalam kejadian kebakaran pagi kelmarin.

Insiden berkenaan merupakan kali kedua dalam tempoh hampir 24 jam selepas lebih 40 kediaman di kampung berkenaan musnah akibat kebakaran pada tengah hari Selasa lalu.

Ketua Balai Bomba Kudat, Jasri Abdul Jal ketika dihubungi berkata pihaknya mengambil kira-kira setengah jam bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lain sejurus tiba di lokasi kejadian.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.03 pagi, sebuah jentera dan satu kenderaan utiliti dengan kekuatan 14 anggota telah bergegas ke lokasi kebakaran bagi operasi memadam serta menyelamat.

“Setibanya di lokasi, kita dapati rumah jenis dua tingkat itu telah 80 peratus terbakar dan bomba berjaya memadam api kebakaran dengan menggunakan sumber pili bomba berhampiran.

“Ini juga insiden kali kedua selepas kebakaran yang mengakibatkan lebih 40 buah rumah musnah di kampung yang sama pada Selasa lepas,” katanya di sini kelmarin.

Menurut beliau, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu sementara punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Komen


Berita Berkaitan