Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tewas Kepada Iceland, Roy Hodgson Letak Jawatan

10:23am 28/06/2016 Pak Roshan 225 views Mutakhir,Sukan,Sukan Luar Negara

roy

JURULATIH pasukan kebangsaan England, Roy Hodgson mengumumkan dia meletak jawatan selepas pasukannya ‘dimalukan’ Iceland dalam pusingan kalah mati yang berlangsung awal pagi tadi.

Roy, 68, mengambil alih jawatan yang ditinggalkan Fabio Capello selama tempoh empat tahun namun setakat ini pasukan bawah kendaliannya itu hanya mampu meraih tiga kemenangan daripada 11 perlawanan penting sebelum ini.

Iceland yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 330,000 orang merupakan antara pasukan underdog untuk saingan Euro 2016.

“Saya mohon maaf kerana ia berakhir sebegini. Saya harap selepas ini anda dapat melihat pasukan England melangkah ke perlawanan akhir bagi kejohanan besar selepas ini.

“Sekarang adalah untuk seseorang yang lebih layak untuk melihat segala perkembangan dan potensi bagi kumpulan pemain berbakat ini (pemain England),” katanya.

England tewas kepada Iceland 2-1 dalam saingan peringkat kalah mati yang diadakan di Stadium Allianz Riviera, Nice, Perancis.

Iceland bakal menentang tuan rumah, Perancis 4 Julai ini bagi menentukan pasukan mana yang layak mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016. – MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan