Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tetap sayang anak walau miskin

9:50am 27/09/2016 Pak Roshan 1128 views Global
KANAK-KANAK berkenaan dibiar tidur di tepi jalan oleh ibunya.

KANAK-KANAK berkenaan dibiar tidur di tepi jalan oleh ibunya.

Osh: Gambar seorang kanak-kanak tidur merengkok di atas kotak di tepi jalan raya di Kyrgyzstan menggambarkan masalah kemiskinan di negara itu.

Kanak-kanak itu berusia tiga tahun dan tinggal di wilayah Osh di negara Asia Tengah itu.

Imejnya tidur itu dimuat naik ke Facebook dengan kapsyen: “Alangkah baiknya jika kanak-kanak tidak berdosa ini tidur di tadika atau di rumah.”

Tetapi, ibu kanak-kanak itu yang berjaya dijejaki BBC berkata, dia terpaksa meninggalkan anaknya tidur dalam keadaan begitu kerana terpaksa meneruskan kerja.

“Anak saya tertidur ketika saya bekerja. Saya tidak ada pilihan lain kecuali membiarkan dia tidur di tempat selamat, tidak jauh dari tempat saya bekerja. Saya membentangkan kotak. Dan dia tidur sekejap sahaja, antara 10 dan 15 minit,” kata Zulfia Usenova.

Menurutnya, dia malu apabila ramai yang menyelarnya kerana meninggalkan anaknya dalam keadaan begitu.

“Walaupun miskin, saya tetap menjaga anak saya. Saya bukan pemalas,” katanya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan