Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tetak bini sampai mati di mahkamah

Tertuduh dalam tahanan polis selepas menyerang dan membunuh isterinya. Foto Hindu.com

 

New Delhi: Seorang lelaki menyerang dan membunuh isterinya dengan pedang selain mencederakan ibu mentua serta anak saudara perempuannya ketika mereka menemani mangsa mengikuti sesi kaunseling di mahkamah keluarga di Sambalpur, kelmarin.

Hindustan Times melaporkan, Ramesh Kumbhar menyerang isterinya, Sanjita Chowdhury, 18, dengan pedang sebelum membunuhnya di pekarangan mahkamah keluarga.

Ibu mentuanya, Lalita Chowdhury dan anak saudara mangsa, Shivani yang berusia dua tahun setengah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut NDTV, bapa mangsa yang turut bersama ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri.

The Hindu melaporkan, Sanjita hadir ke mahkamah itu ditemani ibu bapa serta anak saudaranya untuk berdamai dengan lelaki terbabit.

Pasangan itu kahwin lari tahun lalu dan tinggal bersama untuk seketika sebelum Sanjita kembali ke pangkuan keluarganya kerana tidak tahan didera Ramesh, lapor Odishatv. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan