Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tetak adik ipar tuduh curi air

gambar hiasan

 

KOTA BELUD: Seorang lelaki parah ditetak oleh abang iparnya selepas mendakwa keluarga lelaki itu mencuri air tangki rumahnya di sebuah kampung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa berusia 48 tahun bekerja sebagai petani menerima 10 jahitan di jari kiri dan lapan jahitan di pinggang sebelah kanan. 

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang menyapu di bawah rumahnya dan suspek yang juga abang iparnya marah lalu mengejarnya menggunakan parang.

“Mangsa cuba melawan dengan kayu tetapi tangan dan pinggangnya cedera akibat terkena tetakan parang oleh suspek.

“Salah seorang penduduk yang melihat kejadian terus membawa mangsa dan isterinya masuk ke dalam kereta menuju ke balai polis dan Hospital Kota Belud,” katanya di sini, hari ini.

Sumber berkata, punca kejadian itu dipercayai suspek menuduh keluarga mangsa mencuri air tangki rumahnya tetapi mangsa menafikannya kerana mempunyai tangki air sendiri.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Suspek berusia 58 tahun direman bermula semalam dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata,” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan