Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Terus gempur Abu Sayyaf

11:18am 12/04/2016 Pak Roshan 12487 views Global
GAMBAR fail, sebahagian anggota kumpulan Abu Sayyaf.

GAMBAR fail, sebahagian anggota kumpulan Abu Sayyaf.

Zamboanga: Tentera Filipina membunuh empat lagi militan Abu Sayyaf kelmarin ketika meningkatkan lagi serangan terhadap kumpulan berkenaan, sehari selepas pertempuran buruk yang menyaksikan 18 askar terkorban, kata tentera semalam.

Jurucakap tentera, Filemon Tan berkata, empat militan berkenaan dibunuh dalam pertempuran di pulau Basilan, kubu kuat militan Abu Sayyaf.

“Operasi ini dijalankan berterusan dan tiada masa rehat,” katanya.

Ujarnya, tentera berikrar untuk meneruskan operasi hingga ketua Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon ditangkap atau dibunuh.

Isnilon antara pemimpin kanan kumpulan pengganas berkenaan.

Amerika Syarikat menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM19.46 juta) untuk menangkap Isnilon kerana menculik tiga rakyat negara itu pada 2001, di mana dua daripada mangsa mati.

Sembilan lagi militan Abu Sayyaf terbunuh dalam pertempuran Sabtu lalu termasuk seorang warga Maghribi, Mohammad Khattab.

Kata Tan, Mohammad pakar bom dan cuba menyatukan beberapa kumpulan pengganas di selatan Filipina bagi mengwujudkan rangkaian dengan organisasi militan antarabangsa.

“Kami menghapuskan kemungkinan berlakunya serangan bom.

“Dia (Mohammad) tidak boleh lagi mengajar ilmu pengganas,” ujarnya.

Bagaimanapun, Tan menolak kemungkinan Mohammad mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daish. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan