Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terus bersama BN jika maju kemajuan dan keamanan berkekalan

SEMPORNA : Setiap lapisan masyarakat khususnya di kawasan ini  diseru mempertahankan keamanan yang dikecapi dengan terus memberi kepercayaan kepada kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi menjamin kesinambungan agenda membela rakyat.
 
Bendahari Umno bahagian Semporna Datuk Haji Abd.Razak Tun Sakaran berkata, dasar-dasar kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  dan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah terbukti membawa pelbagai transformasi yang bermanfaat kepada setiap lapisan rakyat di negeri ini. 
 
“Seharusnya kita pertahankan keamanan dan kemajuan yang dikecapi dan kalau kita tak dapat nak balas jasa kerajaan sekali pun, tak perlu kita menentang kerajaan” katanya ketika ditemui selepas melakukan ziarah rumah ke rumah di kampong Kubang Baru Semporna baru baru ini.
 
Razak yang  juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) turut menyatakan, rakyat sentiasa di hati pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan terus berusaha dan bekerja membela nasib rakyat melalui pelbagai program dan projek pembangunan bagi memastikan hidup rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan kepercayaan serta di mana sahaja mereka berada, terus sejahtera.

“Ini usaha kerajaan untuk memastikan rakyat terus terbela. Kita  sedar masih banyak yang perlu dilakukan,tetapi yang penting rakyat sentiasa di hati kami (pemimpin) dan kerajaan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya membela rakyat,” katanya. 

Tambah Razak, berdasarkan rekod pencapaian kerajaan BN dalam membela rakyat, beliau yakin rakyat tidak akan mudah terpengaruh dengan tohmahan pihak pembangkang kononnya BN tidak bertanggungjawab kerana sudah jelas rakyat sudah merasai pelbagai nikmat hasil usaha kerajaan BN.

Katanya, khidmat BN kepada rakyat tidak akan terhenti kerana perkhidmatan BN bukan bermusim seperti pembangkang yang hanya muncul kononnya untuk membela rakyat ketika menjelang pilihan raya namun hilang serta-merta selepas itu.
 
“ Bagi meneruskan kelangsungan apa yang dirancang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk kepentingan rakyat khususnya di kawasan ini,saya nasihatkan jangan mudah terpengaruh dengan janji janji manis yang dibuat oleh parti pembangkang yang belum pesti mampu dilaksanakan oleh mereka,”tegasnya. 
 
Beliau turut menegaskan, bagi menjamin kelangsungan pembanguan di kawasan itu, rakyat perlu memastikan kawasan tersebut kekal di wakili oleh BN pada PRU ke 14 ini./SayangSabah
BERTANYAKAN KHABAR..Razak sempat bertanya khabar kepada salah seorang mak cik semasa program ziarah tersebut.
 

Komen


Berita Berkaitan