Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tertuduh Dalam Perbicaraan Kes Pencerobohan Lahad Datu Meninggal Dunia

7:01pm 24/04/2016 Pak Roshan 2503 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar fail

gambar fail

KOTA KINABALU : Seorang tertuduh warga Filipina yang dibicarakan dalam insiden pencerobohan Lahad Datu meninggal dunia semalam.

Habil Suhaili, 68, meninggal kira-kira 12.45 tengah hari di Hospital Queen Elizabeth di sini, kata peguamnya Datuk N. Sivananthan.

“Dia (Habil) mengalami serangan asthma teruk dan sentiasa sakit sepanjang perbicaraan,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Sivananthan, yang dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mewakili 27 daripada rakyatnya termasuk Habil, berkata Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu akan dimaklumkan mengenai kematian Habil esok.

Beliau juga berkata pihak pembela akan terus menghadiri perbicaraan pada baki tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Kami (pihak pembela) berpendapat bahawa tidak perlu untuk menangguhkan perbicaraan kerana Habil telahpun memberi keterangannya,” katanya.

Habil, yang sentiasa dikawal semasa ke mahkamah dengan menaiki kerusi roda, dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas bersama anak lelakinya Timhar, 39 tahun.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bermula sejak 6 Jan, 2014 di Jabatan Penjara Sabah dan akan diteruskan selama 16 hari lagi antara esok 25 April) dan 27 Mei.

Tertuduh warga Filipina itu dibicarakan bersama tiga rakyat tempatan yang menghadapi satu hingga pelbagai tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Beberapa orang daripada mereka menghadapi pertuduhan merekrut anggota bagi kumpulan pengganas atau secara sengaja melindungi individu-individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April, 2013.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan