Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tertinggal anak ketika ke tandas

SEORANG petugas lebuh raya berbual dengan kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan keluarganya.
SEORANG petugas lebuh raya berbual dengan kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan keluarganya.

Semarang (Indonesia): Satu keluarga yang dalam perjalanan pulang ke kota selepas bercuti di kampung tidak menyedari seorang anak mereka tertinggal ketika berhenti di hentian rehat di sebuah lebuh raya di sini semalam.

Keluarga berkenaan menyedari anak mereka berusia tujuh tahun itu tiada dalam kereta ketika berhenti di sebuah lagi hentian kira-kira 70 kilometer dari hentian sebelumnya.

Kanak-kanak lelaki itu ditemui menangis oleh seorang petugas lebuh raya sebelum menyerahkannya kepada polis.

Jurucakap polis, Ipda Budi berkata, kanak-kanak itu memberitahu dia tidur di tempat duduk belakang sebelum kereta dipandu bapanya berhenti di hentian berkenaan.

“Ibu bapa kanak-kanak ini keluar ke tandas dan tidak menyedari anaknya turut mengikut mereka dari belakang.

“Selepas ke tandas, ibu bapa kanak-kanak itu terus masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan menuju ke Codet di Jakarta Timur.

“Mereka menyedari anaknya tiada di tempat duduk belakang empat jam kemudiannya ketika berhenti di sebuah lagi hentian untuk makan,” katanya.

Menurutnya, bapa kanak-kanak itu kemudiannya meminta bantuan petugas di hentian rehat berkenaan untuk menghubungi petugas di hentian sebelum ini.

“Ibu bapa kanak-kanak itu berpatah balik ke hentian berkenaan selepas dimaklumkan anak mereka berada dalam jagaan anggota polis.

“Kanak-kanak ini diserah kembali kepada keluarganya dan polis menasihati mereka supaya lebih berhati-hati,” jelasnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan