Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tertembak Tetamu Ketika Majlis Perkahwinan

12:33pm 21/12/2015 Pak Roshan 491 views Global

tembak

GARA-GARA terlampau gembira dalam satu majlis perkahwinan, seorang lelaki yang sedang memegang selaras rifal automatik tertembak sehingga mati lelaki yang berdiri di depannya.

Ketika kejadian di Iraq, lelaki berkenaan merupakan sebahagian daripada tetamu dan sedang bergembira termasuk menepuk tangan.

Ketika tetamu lain bersorak, menari dan bertepuk tangan, lelaki tersebut tiba-tiba tertekan picu senjatanya dan terkena seorang lelaki lain.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala suasana bertukar panik dan tetamu lain lari meninggalkan majlis tersebut.

Tetamu majlis perkahwinan di Iraq membawa senjata kerana bimbang serangan daripada puak tertentu ketika mereka meraikan pengantin. – mStar

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan