Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tertembak diri sendiri

12:10pm 21/07/2016 Pak Roshan 27942 views Jenayah,Mutakhir
MANGSA yang maut dibawa pihak polis. FOTO Junaidi Ladjana

MANGSA yang maut dibawa pihak polis. FOTO Junaidi Ladjana

Penampang: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut selepas berlaku pergelutan bersama isterinya sebelum mangsa tertembak dalam rumah Apertmen Cyber City, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dari Johor dikatakan cedera di bahagian dada manakala isterinya berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mendengar satu bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.

“Mangsa ditemui mati terbaring di ruang dengan satu kesan tembakan di dada.

“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, manakala isterinya ditahan untuk diambil keterangan,” katanya.

Tambah beliau, kes disiaaat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dilakukan. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan