Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,704

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tertarik iklan barang kemas di FB suri rumah rugi RM2,800

7:37pm 17/09/2016 Pak Roshan 823 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KENINGAU: Kerana tertarik dengan iklan pembelian barang kemas di laman sosial facebook atas nama jewelry cahaya seorang suri rumah di sini yang berumur 37 tahun mengalami kerugian RM2,800.

Ketua Polis Keningau Deputi Supritenden Polis (DSP) Douglas Taong berkata, menurut laporan mangsa sebaik tertarik dengan tawaran tersebut mangsa telah menghubungi suspek melalui aplikasi whatsapp atas nama Yong dan selepas berbincang, mangsa bersetuju membeli seperti yang diiklankan.

Katanya, hasil perbincangan itu mangsa bersetuju membeli rantai kaki berharga RM400.00, satu rantai leher berharga RM380.00 dan rantai tangan berharga RM1,500.00 dan telah memasukan ke semua wang itu dalam akaun bank atas nama pengiklan itu pada 30 Ogos lepas dan pada 2 September baru-baru ini mangsa sekali lagi memasukan wang sejumlah RM1,880 ke akaun sama.

Jelasnya, mangsa telah dijanjikan bahawa semua pembeliannya akan dikirimkan ke alamat mangsa yang diberikan kepada suspek namun setelah beberapa kali menghubungi telefon saspek tidak menjawab.

Sehubungan itu, Douglas menasihati oang ramai khususnya suri-suri rumah agar tidak mudah terpedaya sebarang pembelian secara online yang mengakibatkan kerugian besar dan mangsa tipu.

“Sudah ramai mangsa yang terperangkap dengan urusan pembelian melalui online namun ada yang masih percaya dan masih berurusan dengan cara itu” tegasnya.

Justeru itu katanya, berhati-harilah apabila membaca iklan melalui facebook kerana penipuan di alam maya bukan mudah disiasat.

Katanya, kes itu disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan