Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tersilap matikan enjin

transasia

Taipei: Juruterbang pesawat malang TransAsia Airways yang terhempas di Taiwan, Februari lalu hingga menyebabkan 43 orang terbunuh tersilap mematikan enjin yang berfungsi selepas satu lagi enjin kehilangan kuasa.

Laporan mengenainya terkandung dalam hasil siasatan Majlis Keselamatan Penerbangan yang diumumkan semalam.

Kira-kira tiga minit sejurus berlepas, juruterbangnya didengar berkata: “Wow, tersilap matikan enjin.”

Sumber berkata, dia tersilap mematikan enjin yang berfungsi dengan baik.

Data menunjukkan pesawat Turboprop ATR 72-600 baru itu terhenti dan terhempas tidak lama kemudian.

Laporan itu yang tidak menyalahkan sesiapa atau membuat cadangan pembaikan, memberikan gambaran lebih jelas mengenai apa sebenarnya berlaku berbanding laporan awal dikeluarkan beberapa hari selepas kejadian.

Draf akhir hasil siasatan itu akan diterbitkan November ini dengan laporan akhir diselesaikan menjelang April 2016, kata majlis itu.

Punca nahas dan cadangan untuk rujukan masa depan akan dimuatkan dalam laporan akhir.

Pesawat itu yang mampu terbang menggunakan satu enjin membawa 58 penumpang dan anak kapal apabila meluncur di antara bangunan sebelum sayapnya melanggar jambatan dan terhempas dalam keadaan terbalik di dalam sungai di Taipei./HMetro

Komen


Berita Berkaitan