Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tersepit celah bangunan

Honolulu: Seorang lelaki gelandangan terpaksa menanggung seksa hampir empat jam apabila tersepit di celah bangunan selepas terjatuh ketika cuba mengambil bola lisut, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Mike, 55, dikatakan bermain bola lisut di tingkat atas bangunan parkir yang terletak bersebelahan dengan sebuah lagi bangunan di Makaloa Street.

Daily Mail melaporkan, dia terjatuh ke dalam lubang sedalam 3 hingga 5 meter dengan keluasan hanya 0.2 meter.

Kejadian disedari pengawal keselamatan, Ray Rodrigues yang cuba menghalaunya dari situ selepas dihubungi penghuni di bangunan terbabit.

Sebaik tiba, dia terkejut apabila melihat lelaki terbabit sudah tersepit di antara dua bangunan berkenaan.

“Penyewa menghubungi saya kerana ada orang bermain bola lisut di tingkat atas parkir. Saya cuba menghalaunya tetapi terkejut melihat dia sudah berada di celah bangunan itu.

“Dia sebenarnya cuba mengambil bola yang melantun ke situ dengan menggunakan kayu tetapi malangnya dia sendiri terjatuh,” katanya.

Seramai 20 anggota bomba yang dikerahkan ke tempat kejadian terpaksa menebuk dinding salah satu bangunan sebelum berjaya membebaskan lelaki terbabit pada jam 5.25 petang.

“Kami terpaksa menebuk beberapa lapisan dinding yang tebal sebelum dapat menyelamatkannya,” kata jurucakap Jabatan Bomba Honolulu, Kapten Albert Mccollum.

Mike mengalami kecederaan serius dan dihantar ke hospital berdekatan. – DailyMail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan