Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terpangkas kaki isteri

KEADAAN kaki Xu selepas suaminya secara tidak sengaja terpangkas kakinya menggunakan mesin pemotong rumput. – Agensi

Beijing: Seorang wanita di barat daya China mati selepas suaminya secara tidak sengaja terpotong kakinya ketika lelaki itu memangkas pokok menggunakan mesin pemotong rumput.

Lelaki itu dikatakan terpotong kedua-dua kaki isterinya ketika melakukan kerja pemangkasan itu di sebuah ladang teh ketika isterinya berdiri berhampiran Ahad lalu.

Wanita itu dikejarkan ke hospital tetapi mati kemudian akibat kehilangan terlalu banyak darah.
Penduduk di kampung Daiqiao Cun di bandar Leshan memberitahu akhbar Chengdu Business Post, kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan memangkas pokok teh sementara isterinya, Xu, memungut daunnya.

Mereka mendengar jeritan kuat sebelum mendapati Xu pengsan sambil memegang kedua-dua kakinya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan