Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terowong Sepanggar mula dibuka 18 November ini

Pairin (dua dari kiri) menandatangani plak Perasmian Pembukaan Terowong Sepanggar.

KOTA KINABALU: Pembukaan Terowong Sepanggar membuktikan satu lagi pencapaian dan kejayaan pembangunan infrastruktur Negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, terowong Sepanggar ini yang menghubungkan kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Pelabuhan Kontena Sepanggar berupaya menjadikan KKIP dan Pelabuhan Sepanggar lebih berdaya saing.

“Kemudahan ini tentunya dapat memendekkan lagi jarak perjalanan penghantaran barangan ke pelabuhan Sepanggar sekaligus mempercepatkan lagi operasi dan pergerakan kontena selaras dengan rancangan untuk membesarkan Pelabuhan Sepanggar.”

“Di samping itu, kewujudan laluan alternatif ini akan mengurangkan kesesakan trafik dan perjalanan akan lebih tersusun.”

“Sektor industri mahupun perusahaan kecil dan sederhana juga dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan seterusnya mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih kondusif,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Pembukaan Terowong Sepanggar, di sini, hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat kepesatan pembangunan di kawasan Sepanggar yang tentunya memerlukan kemudahan infrastruktur jalan raya yang efisien untuk menampung pertambahan trafik di kawasan ini.

“Kita sedang memperhebatkan usaha dengan menggalakkan pelaburan ke kawasan ini kerana kedudukannya yang strategik dan persekitarannya yang sesuai untuk pembangunan industri berat.”

“Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuab juga akan terus bekerjasama dan berganding bahu untuk menambah baik lagi kecekapan infrastruktur perhubungan di seluruh negeri,”katanya.

Terowong berkembar sepanjang 600 meter itu telah dibina melalui pembiayaan Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Kontraktor dan perunding projek ini adalah Syarikat Pembinaan Azam Jaya dan Perunding pertama.

Pembinaan projek ini bermula pada 28 Oktober 2010 dan telah disiapkan pada 14 Jun 2015 dengan harga muktamad RM81, 552, 316.29 dan akan mula dibuka pada 18 November ini./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan