Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Terminal Bas Sri Indah Beroperasi 3 April Ini

Terminal Bas Bandar Sri Indah Tawau

TAWAU – Perkhidmatan Bas Ekspres laluan Tawau-Sandakan dan Tawau-Kota Kinabalu akan mula beroperasi di Terminal Bas Sri Indah (TBSI) di Bandar Sri Indah,Tawau, Sabah 3 April ini.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Alijus Sipil berkata TBSI yang dibina hasil usaha sama kerajaan dan syarikat Hap Seng Sdn Bhd itu bakal memberi keselesaan kepada pengguna serta lapan pengusaha bas terlibat.

Terminal yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas ini dibangunkan di tanah milik Hap Seng Sdn Bhd, yang diberikan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan peruntukan kerajaan pusat lebih RM18 juta.

Dalam sidang media, Alijus berkata TBSI yang mula dibina pada 4 Jan 2016 dan siap sepenuhnya 4 Dis tahun lepas itu boleh menampung kemasukan 20 hingga 50 bas ekspress pada satu masa.

Sebelum ini, perkhidmatan bas ekspres jarak jauh beroperasi di kawasan Sabindo. – BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan